Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Friday, 27 April 2012

:: khas buat RIJAL yg Allah kasihi (",) ::


salam satu ummah sejahtera buat semua....perkongsian kali ni ikhlas dari hati...moga kita semua tetap perbaharui Iman di hati agar cinta Ilahi mengatasi cinta segalanya serta memberikan kebahagiaan yg hakiki hingga ke syurga yg kekal abadi...Allahumma Amin....

"Allah,permudahkanlah aknku Suami yg Soleh"



jika saya jatuh hati pada seorang pemuda
terlebih dahulu saya pinta redha dari ibubapa saya
redha Allah terletak pda redha ibubapa

dan mustahil juga bg saya untuk rendahkan martabat cinta saya
kerana ia adalah hadiah terindah dari Allah
bahkan tak mungkin juga saya hiasi cinta saya dgn usaha yg biasa2 saja
serta usaha kosong yang tak punya makna

bg saya cinta yg mahal, harga maharnya juga tinggi
jika mahukan yg tinggi, usaha juga perlu cecah ke langit
tak bermakna di awang-awangan
tetapi rasa hati saya sampai kepada SANG ILAHI...

usaha yang pasti..selebihnya (natijah) serah padaNYA...
jika usaha yg terbaik,pasti diberikan yg terbaik...
siapa dia, itu bukan persoalannya
yang pasti 'RIJAL' yg dpt sama2 bantu saya bina Istana Syurga bersama (",)


moga ALLAH redha...moga Allah sentiasa pelihara hati ini ...amin...

Tuesday, 17 April 2012

^______________^ mengemis redha Ilahi

tidak pernah kita bertemu walau sekali
tidak pula ku mencarimu untuk dicintai
kerna kucintai mu sebelum mengenali
moga rasa ini kurniaan Ilahi

pernah ku cuba nafikan perasaan ini
namun peribadimu mencuri hati
sukar prcaya lantas ku katakan ini 'helah'
kerana aku takot tidak mendapat redha Allah

detik waktu silih berganti
aku hanya terus berdoa pada Ilahi
tidak ku kejarmu kerana engkau "lelaki"
tetapi berusaha menjadi permaisuri buat lelaki sejati...

moga Allah redha, moga Allah pelihara, moga rahmatNYA bersama kita ^^

Wednesday, 28 March 2012

:: pasrah bukan menyerah, tp TERSERAH pada cara anda menilai lah ::

Asslamualaikum w.b.t....berjalan di JALAN ALLAH bukan lah mudah..namun melepasinya ibarat masa berpuasa sahaja....bila mana kita berpuasa, sekejap sahaja..dalam masa yg sama kita tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa walaupun hati & nafsu kita meronta2 meminta....kita menjaga semua kerana Allah...kita nampak mkanan yg enak-enak..kita bernafsu..tp kita mampu mengawalnya....akhirnya bila mana kita berbuka puasa...nikmat diberi tidak terkata indahnya....xmampu diungkapkan walau bermadah....

Begitu juga menjaga hawa nafsu lain...saya juga inginkannya...saya juga ada perasaan & nafsu terhadap berlainan jantina....nafsu saya juga meronta-ronta untuk memiliki seorg 'perwira dunia' yang caring terhadap saya....yang ambil berat tentang kesihatan bdn saya, yang menjaga hati saya, yang bertanyakan khabar saya, yang memberi semangat di saat sekarang sya menghadapi peperiksaan pertengahan dengan kerja2 kajian yang memeningkan sebagai pelajar kos psikologi,yg memberi semangat tika dlm resah, saya juga mahu berkawan dgnnya di FB, saya juga mahu berkomen-komen dgnnya, saya juga mahu like2 status dia, saya juga teringin menunjukkan saya suka dia!!!!...saya juga mahukan yang sama....ya...saya akui ramai sahabat2 perempuan yg menjaga saya...tetapi ia xsama dgn berlainan jantina....auranya sgt kuat...bukan mudah menepisnya bila dtg pula yg kacak bergaya, baik budi bahasa, mmpunyai harta,  tggi pendidikannya....haila...hebat ujian diberi olehNYA...

termenung seketika......

dia sukakan saya? kenapa dia memberitahu saya? kenapa berlaku lagi seperti dahulu....kenapa tidak terus pada kedua ibubapa saya dan salurkan sukanya pda jalan yg barakah.....ya Allah....kuatkan imanku ya Allah...mudah2an aku dpt bertahan di jalan Mu.... teringat pula peringatan dari sahabat matri izzah za'ba " hanis, lelaki yang soleh itu akan menjaga seorang muslimah...dia tidak akan menganiaya muslimah itu...dia juga tidak berani melanggar syariat Allah tetapkan...hanis, tidak ada dalam Islam ini membenarkan cinta sebelum perkahwinan..mana2 cinta sebelum berkahwin, itu bukan cinta...tp nafsu semata-mata....yakin dgn Allah hanis....hatta dlm Al-quran sendiri menyatakan (janganlah kamu menghampiri zina). hanis, Allah maha mengetahui, maha penyayang....DIA tahu hati kita, maka DIA sendiri telah memberi peringatan untuk kita TIDAK HAMPIRI zina...bukan xboleh like2 atau komen2..tp tidakkah itu membuatkan hati kita menghampiri zina? " terdiam aku seketika...malu tidak terkira.... skali lagi dia bersuara "hanis, nk suka seseorg boleh, nk cinta juga boleh, tp cara kita salurkan cinta itu yang berbeza...ya fitrah manusia..tapi macam mna kita salurkan fitrah kita..itu yg utama...

ingatlah "Ketika orang lain memandang couple/berpasangan itu manis dan suatu kebiasaan, kita tetap memandang itu adalah satu yang rosak dan kemungkaran" itu membuktikan kekuatan iman...

saya tidaklah hebat mna...saya juga pendosa...saya juga ada hati dan mata.....saya juga rasa mcm mna 'mereka' rasa....bukan saja2 menegur 'mereka' tp kerana sygnya saya untuk 'mereka'...


tegur salah
tak tegur rasa bersalah
sekarang aku menyerah
aku pasrah bukan mengalah
bukan juga berputus asa
aku juga manusia biasa
hanya mampu serah pada yg Maha Esa

"smoga 'mereka' dlm peliharanNYA, bukan dlm plukan syaitan durjana..Allahumma Amin"

Saturday, 24 March 2012

:: KEJAR CARA ISLAM, JANGAN MAHU HIDUP DIKEJAR ISLAM ::

Asslamualaikum w.b.t buat teman-teman seperjuangan di medan dakwah....syukur sgt diberi lagi peluang dan ilham dri Allah untuk update post lagi...

kali ni anis nk kongsi tentang cara hidup kita sekarang yang banyak tergelincir ketika menuju syurga Allah...semua manusia pernah merasainya...kenapa ya?
kebanyakkan diantara kita yg fitrahnya baik pasti hidup untuk cari redhaNYA...tp apa yg buat dia tersungkur dan tak boleh bangun sendiri? kasihannya kt dia kan...(~_~)

anis nk kongsi cerita pasal seorang hamba Allah ni..bukan sahabat anis, tp anis kasihan tgok dia dari hari ke hari...semua org diuji....kuatnya dia bila tgok ujian yg diberikan....bukan xmahu bantu, tp dia bukan seorang yg boleh terima nasihat org lain....bnyk hati kawan2 lain yg mengadu terasa dgn perangai dia yg sombong..apatah lagi sekarang ada jawatan...kasihan dia...sudah begitu, diberi lagi ujian untuk pikul tanggungjawab yg bsar...mudah2an dia xleka ngn jawatan dunia yg hanya diberikan oleh manusia jika mahu dibandingkan dgn jawatan KHALIFAH FIL ARD yg diberikan oleh Allah....

niat nk bantu bukan takde...tp bincang balik ngn kawan2 lain, rata2 menyatakan akan dtg mudarat lebih dari kemaslahatan...bak kata abg hilal "berdoalah mudah2 dia berubah" ....hanya mampu berdoa....sbb dia bagus, bukan xbagus...tp mgkin ni ujian untuk dia..tarbiyyah direct yg sering dikatakan bila ditimpa uijian......

nampak juga dia pun berusaha nk berubah...tp seperti cara dia salah...ermm....camna nk tgur..kasihan..kasihan..kasihan......dlm hati ni "xper anis, Allah syg semua hambanya, anis doa je k"....semua kita mencari Islam yg hakiki, Redha yg abadi....tp niat kita kejar Islam dlm hidup atau sekadar menyuruh Islam itu kejar cara hidup kita dgn niat mudah2an apa yg kita buat kita rasa "oh...saya buat ni Islam bg pa...bukan salah pun, xlanggar syariat lah" ni la ayt yg pernah sye trima dri dia bila ditanya, Islam ajar ke awk buat camni?...jd bagaimana lagi nk tgur...semua yg dibuat mesti akn ambil kata2 islamik yg seakan menyokong cara dia....haila2....Islam xrugi pun jika anda xmahu ikotnya, tp RUGILAH kamu jika mahu Islam itu kejar cara hidup anda...bg saya hukum tetap hukum.. Quran & Sunnah..bukan dgn mengambil kata2 islamik yg tiada asasnya....

p/s:ubah niat kita..baiki peribadi...perbaharui iman dari hari ke hari....
kita bukan Allah jamin lagi untuk jejak ke Syurgawi...nasihat & ingatan untuk diri juga..^^

 
Kejar Islam...jgn mahu idup dikejar Islam...sbb dlm mimpi pun xkan menjadi apatah lagi realiti....buka mata, buka hati....!!! 


untuk anda yg bukan sahabat saya (berhenti memohon maaf dari saya, saya bukan Allah..mohon dari Allah dulu moga Allah lembutkan hati ORANG-ORANG yg pernah kamu sakiti (sbb xtahu knapa rasa SERABUT SGT2 bila dgr apa2 sahaja ttg anda @ org2 yg berkait ngn anda, wpun nama anda, apatah lagi muka anda, saya manusia biasa,hati berbolak balik..moga dpt lawan syaitan durjana) bak kata ustazah saya "ruh2 kita semua saling berkomunikasi"....moga Allah sentiasa pelihara anda...













 

Wednesday, 14 March 2012

:: iman di hati itu yg sejati ::

Assalamualaikum buat semua sahabat...semoga sentiasa lam rahmah ilahi....arini nk kongsi status yg lama dah terbaca...renungan semula....saat2 menusuk jiwa buat hamba pendosa yang lemah lagi hina...siapa xnk rasa cinta dan mencintai? pastikan? inilah ujian duniawi yg xseberapa jika dibandingkan ngn zaman para nabi-nabi....

Best status from sahabat...jika terasa ambil sebagai teguran, jika xterasa jdkan sbagai panduan...^^

Jangan naif sangat dalam bab cinta lelaki perempuan,
Ia hanya sebahagian daripada kehidupan,
Bukannya keseluruhan.

Habis masa banyak di situ,
Sampai terlupa perkara yang lebih utama,
Takkan bawa untung apa-apa.

Hari-hari menatap FB,
Berdoa tentang jodoh, tentang si 'dia',
...
Bukan FB yang nak bagi,
Tak perlu pun bagi isyarat melalui FB,
Allah ada,
Mak ayah dia ada,
Uruslah dengan cara sepatutnya,
Tak payah susah-susah tackle guna cara 'lama'.

moga bermanfaat..moga Allah kasihi & merahmati (^__^)

Friday, 9 March 2012

:: BLAJAR vs KAWEN -treatment salah ??? ::



Assalamualaikum w.b.t...salam sejahtera buat sahabat yang sudi menjengah blog saya yang xseberapa ni..sekadar perkongsian yang saya dapat dalam beberapa majlis ilmu dlm seminggu ni....rata-ratanya bercakap soal belajar, ilmu, dan juga perkahwinan...iyer...sinonim dengan kehidupan pelajar, remaja yang mengalami perubahan hormonnya...semua ingin dicintai, mencintai....dengan Allah sudah pasti bagi dri ini...tetapi pda mnusia yang dihadirkan fitrah yang sering diperkatakan tidak dapat dinafi....
apa yang dikatakan treatment yang salah ni....ermm....sepertinya gerun sahaja..takot kita juga tergolong didalamnya....talk diberikan dlm program "LETS HIJRAH" berkongsi tentang penghijrahan kita..kemana kita mahu bergerak...atau kita hanya mahu berada di takuk yang lama....disini saya tertanya-tanya....kita mahu hijrah itu semua atas dri kita...mengapa kita perlukan manusia terlebih dahulu berbanding Allah...sdangkan kita mahu berbalik semula dijalan Allah...jalan Allah, bukan mnusia yang bina..tp knapa pinta pda mnusia....hati tertanya-tanya.....

" saya lihat awk solehah, boleh bantu saya tak..saya nk berubah"


" saya suka tgok lelaki mcm awk, soleh sgt..syer ni xseberapa.tringin dihati nk jdikan suami"


kedua-dua ayat di atas td menunjuk kan seorg adam dan juga hawa yang mahu berubah...berubah di jalan yg Allah redhai...yer....bagus...sgt bagus....tp....(T_T) mengapa dipinta pda mnusia sedangkan kita sendiri mengatakan manusia itu tidak sempurna....pohonlah pada Allah....hidayah itu dia yang kurniakan....usaha kita dia yang melihat..manusia lain nampakkah kita berqiamullail di tengah mlm? manusia nmpk ker kita sering berdoa? manusia nmpk ker hati kita yang dalam? apa yang ada pada manusia....

jadi, bila di dalam talk saja...diajukan soalan kepada ustaz zamri selaku panel malam itu....soalan pun ditanya melalui kertas soalan...mujurlah..kalau kna pergi hadapan kt mic...mmg xdpt la ajukan soalan ni...
" apa pandangan ustaz tentang seseorang yang mahu berubah..niatnya btol2 ingin berubah...tetapi dia mengambil cara mudah dgn mencari (pasangan yg bukan muhrim) untuk dijadikan 1 titik tolak dlam perubahan ke atas dirinya...
" pada sayer, tidak salah....contoh seperti student perempuan mencari ustaz....tanyakan sesuatu..berbincang...tetapi haruslah membawa teman....tetapi dlm kontek soalan yang diajukan ni lebih kepada apa yang terjadi kepada mahasiswa sekarang....pada ustaz, xpayahlah...xelok...Islam juga xmenggalakkan...ramai( yang sama jantina) lagi yg dapat membantu...kenapa perlu nk buat baek tapi mencari sumber yang tidak elok...ustaz takot disini DAKWAH menjadi DAHLAH....." sesungguhnya sesuatu bermula dgn niat...

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


jika seorang perempuan atau lelaki itu pun xmampu menjaga drinya..hatta berkenal dgn lelaki dgn hanya beberapa tahun,apatah lagi beberapa hari dan buatkan dia mudah jatuh hati, (xlihat xkeruan, xmcj kerisauan, tak brjumpa resah,apatah lagi melihat lelaki itu berbual dgn ajnabi lain juga menimbulkan gelisah dlm hati)...mampu dah ker jga dri?? semua xterletak pada mna kita hijabkan diri..TAPI HIJABKAN HATI (bukan mudah, tp itulah jalan indah dlm Islam) ...

seterusnya perkongsian kedua, talk diberikan tentang perkahwinan dan belajar .... dimulakan dgn kata-kata yg manis...."perkahwinan itu bukannya mudah, tetapi membawa kepada kemudahan" tapi mcm mna ya?janganlah menjadikan perkahwinan itu perkara yang menghalang kita dari belajar, dan belajar menjadi penghalang untuk berkahwin...berkahwin adalah sunnah, perkara yang melengkapi kehidupan manusia...belajar pula, kewajipan...sampai bila-bila pun kita dituntut untuk mencari ilmu.....


TETAPI!!!!!!!!!!


kita ni betul-betul ka siapkan diri? kita dah mampu? mampu dri segi apa?aqil baligh...ya..semua mampu...diri?? bak kata ustaz, jika dri sendiri nk bgn subuh pun liat, jgn bermimpi nk kahwin awl....lelaki jika nk dtg kelas, buat assigment pun malas, tak payah berangan nk kawen lagi....dri sendiri xmampu nk sara...mcm mna nk sara anak dara org???perempuan pula, jika tempat tidur xmampu kemas...dri pun selekeh2....masak pun tidak tahu, ilmu agama xcucup untuk didik diri..mcm mna nk didik anak2?? mcm-mcm persiapan yang perlu dibuat....jika betul mahu kawen awl dlm tgh belajar, tgok pada diri..cermin diri...MAMPU KAH ANDA????? mampu tu banyak maksud..dari aspek rohani, jasmani, aqal, hati, jiwa....kawen bukan menda yang mudah dan main-main...bak kata ustad juga "saya nk berkahwin ngn isteri saya smpai syurga"....itu nama cinta....
tambaham pula, sifat caring, ramah dan segala-galanya lah yg menambat hati kita pda masa sekarang bukan lah sama seperti sebelum kawin....knal bertahun-tahun pun itu belum ckup buktikan yang kita mengenalinya...yang sebenar-benarnya kata ustaz, selepas kawin...itu yang realiti...kesimpulannya disini..persiapan dri..... 
maka dlm talk ini juga hati tertanya...sebelum itu ada seorang brother tanya..."apa benar ustaz jika kita suka seseorang, jika bgtahu, dia pun suka kita..kita bertunang la dlm islam?"

marah benar ustaz bila ditanya soalan itu...dtg dari mnakah pendapat itu...ada hadis??? ada dlm Al-quran?? xda...jd mna2 yang tidak wujud dri keduanya..maka kita ikot fakta yang menyelewengkan kita"

terdetik dihati nk bertanya.....jeng3~

saya: ustaz..apa pandangan ustaz jika ada seseorang lelaki yang yang memang berkehendakkan kita..mmg niat untuk kahwin...tp niat kahwinnya bukan sekarang..tp dlm jangkamasa yg panjang lagi contohnya selepas belajar...3 4 thun lagi...apa boleh dia merisik perempuan itu?? boleh x? manfaat x?? elok x....

ustaz: haram...kenapa perlu zahirkan pada benda yang kita xmampu..untuk apa?? dan jika ingin merisik pula...haa..brothers,jgn pula terus merisik perempuan tu.....tanya pada ibubapa kita dlu, bukan pda ibubapa perempuan itu dlu...itu cara islam... "redha Allah, redha ibubapa"...tgok mcm saya....beruntung dapat ayah yg memahami..hihi...guraw ustaz ketika itu....hihi....


jika lelaki itu betul-betul mahukan kita...dia berusaha...mungkin kerja lebih mcm saya, kata ustaz...selepas ckup semua, seelok2nya beberapa bulan sebelom kawen, eloklah kita pergi bawa rombongan ke rumahnya....

jika dia sekadar merisik, tetapi untuk 3 4 thun lagi...maka untuk apa dia berbuat demikian.....dgn itu pula menggunakan org tgh bukan pada ibubapa perempuan itu, sebaliknya guna kawan perempuan itu.... "ini bukan ajaran Islam bawa"..

persiapkan diri kita..jdlah yang solehah dan soleh...untuk Allah..insyaAllah akan dititipkan yg terbaik untuk kita...itu JANJI ALLAH...nk pertikaikan lagi?? renung2kan..^^,

sekadar pekongsian..mudah-mudahan bermanfaat...moga Allah redha..amin...


"SEJAUH MANAKAN KITA HIJAB HATI KITA BERBANDING TUBUH KITA"










































Wednesday, 29 February 2012

:: dedikasi untuk si KAMOO sahabatku ::

:: ALLAH.......aku malu!!!!!!!! ::



Assalamualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat seperjuangan yang hebat-hebat di medan dakwah....smoga post kali ini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua.....
Al kisah....Bermula dengan pahit getir hidup sebagai seorg hamba Allah yg hina dan ingin kembai ke pangkal jalan....pelbagai dugaan, tomahan, kejian, fitnaHAN yang dtg bertubi-tubi ke arahnya.....si hamba menjadi lemah, hati yang mulanya kuat untuk berubah seakan-akan berfungsi batrinya hanya 5% sahaja....

BUKAN SENANG NK JADI BAEK BUKAN???

Nah....itu sebablah Allah hadiahkan dgn janjinya kepada yg berIMAN itu ganjaran syurga...

“ sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka disisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal tetap), yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, kekallah mereka didalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNYA. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takot (melanggar perintah) Tuhannya.”
(Al-Bayyinah 98:7-8)

Maka dgn berpegang pda janji-janji Allah dgn yakin...si hamba yg lemah td tidak henti-henti menadah doa...memohon keampunan...bermunajat semoga Allah sentiasa mempermudahkan jalan untuknya.....hari-demi hari...si lemah td mengumpul kekuatan, bukan sendiri... tp dgn pertolongan dr Allah....dititipkan pula keluarga yang penyayang & perihatin, sahabat-sahabat yg hebat, handal-handal dalam ilmu Allah... inilah dikatakan rezki...

Sebulan lebih juga hamba Allah ini membina tembok kekuatan dlm jiwa untuk menahan cobaan dunia...apa kuncinya?? SABAR, BERSANGKA BAEK, TABAH.... yang paling penting, INGAT JANJI ALLAH!!!  Yer...mmg bukan mudah.... logiknya disini,contoh seperti untuk dptkan 4.0 dlm pelajaran...adakah senang? Xsemudah yg diperkatakan...”Alah, ko pegi klas, jgn ponteng, ko baca bku, exam nnt bca doa banyak-banyak....” mcm itu sahaja?? Sebagai pelajar, tepuk dahi (didahi ada frontal lobe brain  for critical thinking)..jawablah sendiri.... 

Haaa.....itu lah...asik ckp nk syurga..nk syurga...tp usaha??? Bukan mudah dan sewenang-wenangnya Allah mahu berikan kita ganjaran terindah itu tanpa Amal soleh....ohhh...lupa...malu nk wt amal soleh erk...takot nnt ada yg bercakap “ Eh..knapa ko tetiba alim ni??? Eh..ko dah brubah sekarang...haa,,ni mesti brubah sbb kekasih...aisemen, ko baru dapat hidayah yer...”
Cukop-cukoplah....knapa perhitungan manusia atas dunia untuk buat amal soleh kita takot?? Mcm mna pula perhitungan Allah kelak tentang perbuatan kita untuk tembus ke syurgaNYA?? Dah-dah...CUKUP!!! FULL STOP!!! ENOUGH!!! 

Si hamba trus motivasi dirinya, yg kadang-kadang tidak dapat dinafikan berbolak balik juga..namun Allah titipkan rezki yang tak putus-putus.....rezki yang mcm mna yer...

SETIAP hari si hamba pohon semoga dia terus kuat...yer...dia sekarang dah mula kuat...si hamba pohon semoga hati tenang....yer....rezki lagi...dia dah mula tenang....si hamba phon agar orang-orang yang cuba menjatuhkan dia dijaohkan..Alhamdulillah...dgn izin Allah...yang merapat kearahnya semua yang berhati baek...maka berlapanglah dadanya...terlalu banyak si hamba td memohon kepada Allah...tanpa henti...tanpa putus asa......si hamba melalui hari-harinya semakin hari semakin baik....

Sehinggalah satu hari...si hamba td jatuh, mugkin tergadah dan tergelincir dlm jihadnya.... dia menangis semahu-mahunya...perlukan seseorg untuk menemani dia...dia mahu kuat semula...mungkin dia ada buat kesilapan dlm tidak sedar...MUHASABAH kembali drinya...dlm diam-diam...dtg seorang sahabat menjadi penyejuk hati, memberi semangat, berkongsi nasihat dan pandangan serta meluangkan masa walaupun penat tubuh belum reda tatkala kelas  baru tamat.....Ya Allah...nikmatnya...rezki dtg xpernah henti......
“aku malu Ya Allah”...”aku malu”...teriak hati kecil hamba ini....kerdilnya diri ini nk dibandingkan sahabat yang lain yang lebih mulia....hina diri ini memikirkan dosa-dosa lalu yg dibuat..namun Allah itu Maha Penyayang...semua yang dihajatkan, kebanyakannya ditunaikan...bukannya lama pulak tu...mohon ja..diberikan..mohon saja diberikan....MALUNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!