Lelaki tidak semuanya jahat.
Yang membuatkan kamu, wahai muslimah meluat dan benci seseorang lelaki itu adalah kerana peribadi buruk yang ada padanya.
Bukanlah bermakna peribadi tidak elok yang ada padanya itu ada juga pada semua lelaki. Tidak. Tidak begitu.
Yang baik, tetap baik. 
Yang tidak baik, tidak baiklah.
Kamu benci kepadanya mungkin kerana dia telah menipu kamu dalam percintaan palsu kamu  dengan dia, kemudian kamu marah ditinggalkan dia. Bukankah kamu sendiri  yang jeratkan diri kamu ke dalamnya? Dalam hal begini, bukanlah lelaki  itu sahaja yang salah, tetapi diri kamu pun sama juga. 
Kamu  benci kepadanya mungkin kerana dia cuba mengurat kamu, itupun selepas  melihat banyaknya gambar-gambar 'menarik' kamu di FB dan tempat-tempat  lain. Kan kamu yang sibuk mempromosi diri kamu, buat apa marah kalau  datang lelaki berbuat begitu?
Kadang-kadang, kita perlu tengok salah itu berpunca daripada kita juga.
Kita yang sibuk-sibuk menjeratkan diri dengan hidup dalam percintaan  yang palsu, kenapa kita menyalahkan lelaki sahaja bila ditinggalkan?
Kita yang sibuk-sibuk mempromosi gambar-gambar kita di FB, kenapa kita nak marah pula bila ada orang cuba datang mengurat kita?
Ada baiknya, sebelum menghukum orang lain, kita melihat diri kita dulu.
Kalau semua yang bernama 'lelaki' itu dihukumkan begitu, kiamatlah dunia ini.
Kenapa?
Kerana kalau semua lelaki rosak, takkan ada perempuan yang baik atas dunia ini.
Maka, berhenti menghukum orang, cukuplah memberi hukum pada perbuatan.
ambil dr sahabat saye..... 
 
suka ayat yg; tgk diri kita dulu sblm judge org laen...jazakillahukhair wey. =]
ReplyDeletebukan ayat aku...ni ambil nasihat & pengajaran dri seorg sahabat....moga bermanfaat....sama ada lelaki atau prempuan...sama2 muhasabah...kalo asik pkir salah org lain..bila kita nk ubah dri????
ReplyDelete