Wednesday 1 February 2012

:: Jodoh oh Jodoh ::

Assalamualaikum~
kongsi dari abg hilal asyraf~ sgt lawak bila fikir smula~ jum baca sama2.....

"Biarlah saya menunggu awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana."
Haha.
Siapa entah ajar bercinta macam ini.
Persoalannya, siapa yang tahu dia atau dia atau dia yang tertulis di lauh mahfuz sana?

Ada orang, kahwin, bercerai.
Ada orang, kahwin, kemalangan, salah seorang mati. Yang tak mati tu pula, cari lain untuk teruskan hidup.

Lihat. Hatta perkahwinan pun bukan bukti itu adalah jodoh kita.
Sebab itu amat kelakar apabila ada orang melafazkan kata-kata 'sesempurna' demikian.

Cinta ini usaha.
Kita usaha.
Jodoh itu di tangan Allah.
Kita usaha pergi ambil dari tangan Allah.
Siapa pun takkan mampu kata "dia itulah jodoh yang sebenarnya" hatta kepada isterinya sendiri. Kerana jodoh itu di tangan Allah. Kita usaha sahaja. Sebab itu sebelum kahwin, selepas kahwin, kita terus berusaha dan berusaha.

Kalau benar kita sekadar menunggu sahaja dalam urusan cinta ini, sekadar pendam sahaja, 'menanti awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana', maka saya percaya tidak akan ada sabda Rasulullah SAW berkenaan carilah perempuan itu berdasarkan agamanya, dan firman Allah SWT yang menyatakan hamba perempuan mu'minah itu lebih baik dari perempuan musyrik walau perempuan musyrik itu menakjubkan. Jelas Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan wujudnya 'pencarian', 'usaha'.

Cukuplah dengan istilah-istilah ke'malaikat'an yang merosakkan ini.
Kita sangka kita sedang menjaga.
Sebenarnya kita sedang merosakkan manusia.
--------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang saya tengok orang yang post fasal cinta sejati, fasal 'memendam perasaan', fasal 'jaga dari zina hati', ini semua, mereka post pakai gambar perempuan-perempuan cantik yang menggugah jiwa juga.
Ironik.

Saya akan kekal dengan jalan ini.
Selagi mana belum ada yang mampu menumbangkan prinsip saya. (hilal Asyraf)

No comments:

Post a Comment