Yang belajar agama dan takhassus dalam bidang Syariah, kalau anda hendak menjadi ustaz dan ustazah nanti, jadilah ustaz dan ustazah yang menyelesaikan masalah dari akarnya.
Kalau kita pun yang mendalami bidang ini balik hendak selesaikan masalah fiqh yang timbul sahaja, ketahuilah sudah ramai ustaz dan ustazah yang jenis ini. Bahkan, masalah fiqh tu adalah satu cabang sahaja dari Islam itu sendi ri.
Kalau kita yang mendalami bidang ini, balik hendak bahaskan masalah akidah dari sudut falsafahnya sahaja, takkan ke mana juga masyarakat kita. Bahkan, perbahasan aqidah kalau hanya dengan teori-teori dan falsafah-falsafah sahaja tanpa ada contoh sirah, takkan mampu beri gambaran yang hidup kepada masyarakat dan kefahaman itu sekadar kefahaman kosong sahaja nanti.
Kita mahu dengan ilmu Syariah ni baik takhassus Fiqh ke Usuluddin ke atau apa-apa sahaja, kita mampu selesaikan masalah iman yang ada dalam masyarakat hari ini. Itu dulu yang utama, sebab itu adalah akarnya.
Kalau akar pun rosak, macam manalah nak hasilkan daun-daun dan buah-buah yang segar molek?
Sebab itu, sebelum kita mampu buat itu, kita perlu 'check' diri kita.
Adakah kita sendiri sudah benar-benar berusaha menjaga iman dalam diri kita?
Tampilkan Islam ni dalam bentuknya yang syumul.
Jangan kita pun jadi orang-orang yang juz'i-juz'i juga
(^^,) kongsi dri sahabat...moga Allah redha....
No comments:
Post a Comment