Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sudi mengimbas link blog ni...xda yang menarik sekadar kata-kata untuk dikongsi bersama....sebaknyer hati saya bila hari ni saya terbaca puisi dari salah seorg sahabat saya....kawan2 diluar sana..jgnlah merasa hina bila tiada yang mencintai kita sblom ada ikatannya...semua yang menjaga keranaNYA juga ada perasaan yang sama....mudah-mudahan puisi ni dapat sedikit sebanyak beri motivasi pada hati daripada berhalusinasi diatas duniawi yg tidak membawa kita jejak kaki di syurga sana nnt....
Puisi Pemilik Cintaku
Ku lihat di kanan kiriku pasangan,
Jalan berpegangan tangan tanpa ikatan,
Bertemu bercanda tanpa halangan,
Sedang aku sendiri tanpa teman....
Aku manusia juga,
Yang punya perasaan di jiwa,
Ada rasa sama seperti mereka,
Mahu dicintai dan mencintai,
Aku bukan robot tanpa hati.
Teman hatiku,
Aku pasti kau juga sepertiku,
Bukan tidak terusik jiwamu,
Dirimu lebih halus dan tulus dari segala,
Bila mudahnya dunia merayakan makna cinta,
Kita pula duduk berjauhan tanpa itu semua.
Ya, memang aku cemburu,
Tapi tidak aku peduli semua itu,
Aku tidak akan pernah bahagia,
Merayakan erti cinta yang sama seperti dunia.
Teman jiwaku,
Cinta aku untukmu,
Tidak akan aku ikat dengan maksiat,
Biar aku dirikan mahligai cinta itu,
Dengan ikatan akhirat.
Cinta aku untukmu,
Tidak akanku biar dicemari wajah dosa,
Biarlah cintaku itu,
Bawa dirimu ke syurga sana.
Benar bukan dusta,
Cintaku bukan berharga dunia,
Meski berbunga-bunga rasa di jiwa,
Tetap aku tunggu hingga masanya,
Untuk ku zahirkan padamu,
Bahawa kaulah pemilik cintaku.
------------------------------------------------------------------------------------
p/s: ingatlah....cinta yang MAHAL untuk si HALAL, dan cinta yang MURAH untuk si PEMFITNAH...benarlah kata akhi Hilal Asyraf...apa-apa sahaja yang membawa ke neraka..maka itu bukanlah cinta....Berpegang teguhlah pada CINTA ALLAH & JANJI-JANJINYA smoga dikurniakan org yg mencintaiNYA....
doaku untukMU "ya Allah..permudahkanlah akanku Suami yang Soleh ya Allah...yang menikahiku, serta memperISTERIkanku...maka Engkau jadikanlah kami teman didunia & di syurgaMU ya Allah....Ya Allah..janganlah Engkau biarkan aku kesorangan..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki..amin.."
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Wednesday, 4 April 2012
:: indah bermadah lagi indah bila mendapat izin dari Allah ::
Sunday, 25 March 2012
:: baitul Muslim (rumah tangga Muslim) ::
usrati jannati ^__^
kebanyakan kita sering ckp2 "nk bina rumah tangga".."nk kawen awal".."islam galakkan drpada buat maksiat" ..." xtahan rindu, baek kawen cepat"...apa lagi...semua nafsu kita, semua kita cuba sruh Islam ikot apa yg kita mahu..bukan ikot pada mna Islam mahu...cdehnya....tapi, ni la remaja sekarang....berfikiran cetek, aku syg kau, kau minat aku juga (walau konon-konon xtunjuk depan, tp sebenarnya dizahirkan juga kerana ikot nafsu lagi dri ikot Islam) oh...jadi kita boleh lah kawen....ya..ni la remaja sekarang....kalot..terburu-buru...seolah2 tiada gurl tu or boy tu dunia seperti khiamat...aiwah!!!! hebatnya getaran cinta yg digetarkan oleh musuh kita sendiri (syaitan durjana )...
nk bina masjid...nk bina rumah Allah..bukan calang-calang bagunan..hatta nk bina jambatan pulau pinang sekalipun perlukan ramai pekerja, perlu yg mahir, bukan yang cikai-cikai sahaja...itu jambatan untuk manusia..ini kan pula RUMAH DIBINA UNTUK ALLAH...macam mna kita boleh ambil mudah dan buat endah xendah ya? ya Allah..xsedar diri bila cinta nafsu menodai jiwa..di mulut manis berkata "suka kerana dia alim, dia solehah..dlm hati?? " perkahwinan Islam ini kita bina sebuah rumah tangga Islam yang berpaksikan pada keimanan yang disitu bercambahlah kasih syg yg Allah limpahkan...mcm mna? kita serah pada Allah...niat untuk kembangkan Islam..untuk didik anak menjadi pemangkin Islam..bukan saja-saja suka...
kawan-kawan diluar sana..hati-hati ngn godaan syaitan...mereka sentiasa akan berusaha untuk pecah belahkan agama Allah..tp apa usaha kita...?? syaitan tahu, cara paling mudah nk ganggu kita cari yang bersangkut paut dgn hati...CINTA...slaloo dri cinta la kita jebakkan kaki ke alam yg hina ini..bermain-main dgn agama Allah...apa yg kita lakukan sebaik2nya, fikir dahulu..aku buat ni untuk apa ya?? Allah redha kah?? nah...itu yang akn kuatkan hati kita melawan hasutan syaitan... (ambil dri ainin sofia, couple sya ^^
bawah ni adalah post dri sahabat yg saya kagumi akhlak & peribadinya....apa yg islam xsuka, maka dia juga xsuka..apa yg islam suka..itu juga mnjd kesukaannya....sgt tegas...dgn peribadinya begini, motivate dri ni untuk jd lebih hebat dari dia...jeles juga kdg2 melihat dia bersahaja saja dgn masalah dunia yg xbawa kepada RedhaNya,sdangkan saya kdg2 serabut fikir hal dunia yg xbawa kemana...yang pasti cari redha Allah...bukan redha si "minah" @ si "dollah"..^^
take from sahabat...
Proses membina Baitul Muslim (rumah tangga Muslim) itu hanyalah sebahagian daripada kehidupan. Ia bukan keseluruhan kehidupan kita.
Janganlah naif sangat bila masuk tajuk bincang tentang Baitul Muslim.
Perbincangan utamanya bukanlah pada siapa calon kita, tetapi pada bagaimana kita telah persiapkan diri kita.
Itu yang lebih utama.
Geli hati melihat orang yang ada tarbiyah pun membincangkan bab ini seperti bincang tentang cinta monyet yang ditaja oleh jahiliah.
Tinggal nama je soleh sikit. Baitul Muslim. :p

Monday, 27 February 2012
Yang belajar agama dan takhassus dalam bidang Syariah, kalau anda hendak menjadi ustaz dan ustazah nanti, jadilah ustaz dan ustazah yang menyelesaikan masalah dari akarnya.
Kalau kita pun yang mendalami bidang ini balik hendak selesaikan masalah fiqh yang timbul sahaja, ketahuilah sudah ramai ustaz dan ustazah yang jenis ini. Bahkan, masalah fiqh tu adalah satu cabang sahaja dari Islam itu sendi ri.
Kalau kita yang mendalami bidang ini, balik hendak bahaskan masalah akidah dari sudut falsafahnya sahaja, takkan ke mana juga masyarakat kita. Bahkan, perbahasan aqidah kalau hanya dengan teori-teori dan falsafah-falsafah sahaja tanpa ada contoh sirah, takkan mampu beri gambaran yang hidup kepada masyarakat dan kefahaman itu sekadar kefahaman kosong sahaja nanti.
Kita mahu dengan ilmu Syariah ni baik takhassus Fiqh ke Usuluddin ke atau apa-apa sahaja, kita mampu selesaikan masalah iman yang ada dalam masyarakat hari ini. Itu dulu yang utama, sebab itu adalah akarnya.
Kalau akar pun rosak, macam manalah nak hasilkan daun-daun dan buah-buah yang segar molek?
Sebab itu, sebelum kita mampu buat itu, kita perlu 'check' diri kita.
Adakah kita sendiri sudah benar-benar berusaha menjaga iman dalam diri kita?
Tampilkan Islam ni dalam bentuknya yang syumul.
Jangan kita pun jadi orang-orang yang juz'i-juz'i juga
(^^,) kongsi dri sahabat...moga Allah redha....

Subscribe to:
Posts (Atom)